9 January 2017

Sudah 2 Tahun Bersara

Sudah 2 Tahun Bersara : Pelancaran Dinar Emas Industri 

Pelancaran Dinar Emas Industri membawa Fikrah
 # PERNIAGAAN BERKEBAJIKAN #

CD PENDIDIKAN, KULIAH ILMU, 
RANCANGAN PERNIAGAAN, 
PERTANIAN ADALAH  PERNIAGAAN

22 March 2015

KEMBALI SELEPAS BERSARA

Dah hampir setahun bersara. Kini baru terasa nak semak blog semula. Tentu saja pengisian kali ini berbeza dari yang lalu. Tunggu pengisian selanjutnya....

18 February 2013

Penyakit Hati



PENYAKIT HATI
Penyakit  Hati Itu LALAI. Ubatnya Ialah FIKIR
Dengan Berfikir Menerangkan Mata Hati dan dapat dilihat akan
(Kebajikan dan Kejahatan)
(Yang Mudhorat dan Menafaat)
LALAI akan Membuahkan Sifat-sifat Berikut: (9 Perkara)
1. Kasih Akan Harta
2. Kasih Akan Kaya
3. Kasih Akan Pekerjaan
4. Kasih Akan Pakaian
5. Kasih Akan Perempuan
6. Kasih Akan Isi Rumah
7. Kasih Akan Kenyang
8. Kasih Akan Tidur
9. Kasih Akan Kemuliaan
APA YANG PERLU KITA FIKIRKAN ?
1. Berfikir Segala Kejadian Allah - Ulama'
2. Berfikir Segala Yang Dijadikan  Allah - Asal Syukur
3. Berfikir Akan Segala Amal - 'Abidin
Bersyukurlah Di Atas Nikmat Allah
1. Nikmat Al-Amdad
2. Nikmat Al-Iijad
3. Nikmat Iman dan Islam
Dalil Mana Lebih Afdhal ILMU atau HARTA ?
ILMU Pusaka ANBIYA'   HARTA Pusaka QARUN

Penilai Agong


PENILAI AGONG
1.Penilai Agong setiap makluk menilai setiap detik zahir batin.
2.Dia menyediakan keputusan hakiki dengan “Hari Pembalasan”
3.Setiap hukuman dibuktikan dengan saksi dan dipersaksikan.
Fasal 1   -  Pemerintah
Fasal 2   -  Rakyat
Fasal 3   -  Dalil dan Contoh
Fasal 1  - Pemerintah
Pemerintah dalam takrif di sini ialah Penguasa atau Raja atau Sultan  atau Kepala (Ketua) di dalam sesebuah negara, negeri, masyarakat atau keluarga. Pemerintah berkuasa (bertanggungjawab) dalam menetapkan dan menentukan peraturan dan undang-undang yang diguna pakai oleh Rakyat.
Fasal 2  - Rakyat
Rakyat dalam takrif di sini ialah bangsa  atau masyarakat  atau ahli  atau individu di dalam sesebuah negara, negeri, masyarakat  atau keluarga yang perlu mengikut arahan Pemerintah.
Fasal 3  - Dalil dan Contoh
1. Pemerintah – Beriman
-Semua Para Rasul dan Nabi (Al-Anbiya’)
-Nabi Muhammad, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf
-Semua Para Sahabat, Tabi’et, Tabi’ein, Ulama’
-Umar Abd.Aziz,
-Kerajaan ???....
2. Pemerintah – Tak Beriman
-Firaun, Namrud
-Haman, Qarun,
- Ashabul Ukhdud
3. Rakyat – Beriman
-Mukminin dan Mukminat
-Solehin dan Solehat
-Orang Beriman dan Beramal Soleh
2. Rakyat – Tak Beriman
-Kaum Tsamud, -Kaum ‘Aad

6 August 2011

Doa'-doa' Mustajab

1.Doa' Nabi Ibrahim-Dalam Surah Al Baqarah.

   a. Memohon Kepimpinan 

       [124] Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: “(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.”

     b.  Memohon Keamanan

          [126] Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka”. Allah berfirman:” (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali”.

        c. Memohon Mustajab Doa'

         [127] Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
 
         [128] “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

        d. Memohon Rasul dan Petunjuk'
 
          [129] “Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

         e. Wasiat Nabi Ibrahim

          [130] Tidak ada orang yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).
 
          [131] (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.
 
          [132] Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”.
 
          [133] (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)”.


2.Doa Nabi Zakaria - Dalam Surah Al Imran