30 July 2011

MUTIARA ILMU

Bahrul Mazi - Lautan Madu

 
PENGENALAN PENGARANG
          Beliau ialah Mohd Idris bin Abd Rauf al-Marbawi. Dilahirkan di Makkah al-Mukarramah pada 28 Zulkaedah 1313H bersamaan 1893 M. Pada tahun 1903, beliau dan keluarganya pulang ke tanah air bersama keluarganya.
          Beliau seterusnya mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Seterusnya menyambung pelajaran ke Sekolah Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak, Pondok Tuan Hussain al-Mas’udi Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan seterusnya Pondok Tok Kenali di Kelantan. Kesungguhannya menuntut ilmu terbukti apabila ketika masih berada di Mekah iaitu ketika usianya menjangkau 10 tahun, beliau telah menghafal 10 juzuk al-Quran di samping beberapa kitab lain.
          Setelah memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan di merata-rata tempat, Syeikh Mohd Idris al-Marbawi mula bertugas sebagai guru agama di negeri Perak. Namun begitu kecintaan yang sangat mendalam pada ilmu pengetahuan yang ada pada diri beliau telah membawanya ke Universiti al-Azhar untuk menyambung pengajian dan akhirnya pada 1924 beliau telah memperolehi ijazah ‘aliyah daripada universiti berkenaan.
          Di antara karya-karya beliau yang digunakan sehingga ke hari ini ialah Kamus al-Marbawi yang diterbitkan pada tahun 1920-an. Selain dari, kitab Bahrul Mazi yang akan dibincangkan di dalam penulisan ini juga merupakan kitab rujukan masyarakat Melayu sehingga ke hari ini. Karya-karya beliau yang lain ialah Tafsir Quran Nurul Yaqin, Tafsir Surah Yasin, Nizam Hayah, Mu’jam al-Ka’inat (4 jilid) dan lain-lain.
          Beliau juga pernah dianugrahkan ijazah kehormat Doktor Persuratan oleh UKM pada 5 Julai 1980. Ia disampaikan oleh Naib Canselor UKM ketika umur beliau 87 tahun. Seterusnya pada 1 Muharram 1408H bersamaan 1987M, beliau telah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan yang pertama. Pada tahun yang sama beliau akhirnya meninggal dunia dengan meninggalkan jasa yang cukup besar kepada ummah ini.PENGENALAN KITAB BAHRUL MAZI
          Kitab yang menjadi kajian penulis ialah kitab MUKHTASAR SAHIH AL-TURMUDZI WA SYARHUHU BI LUGHAH AL-JAWI AL-MALAYU AL-MUSAMMA BAHRUL MAZI atau di dalam bahasa Melayunya Ringkasan Sahih Tarmizi dan Huraiannya di Dalam Bahasa Melayu Jawi Yang Dinamakan Bahrul Mazi. Di dalam alam Melayu, ia hanya dikenali sebagai Bahrul Mazi. Uniknya, kitab yang berbahasa Melayu ini dicetak dan diterbitkan di Mesir, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum dan sesudahnya. Kitab ini adalah terjemahan dan ulasan lengkap sesudah diringkaskan daripada Sahih al-Tirmizi. Ia merupakan karya yang pertama sekali di dalam bahasa Melayu yang seumpama dengannya.
          Kitab ini mengandungi 22 jilid (11 buah buku) dan kitab ini sudah diterbitkan. Ia mengandungi 8200 permasalahan agama yang berkaitan dengan hal ehwal dunia dan akhirat.  Kesungguhan, minat dan kecintaan penulisnya untuk menyempurnakan kitab ini dapat dilihat daripada muqaddimah kitab yang telah beliau tulis sebelum memulakan penulisan, antaranya beliau menyatakan :
“Adalah daripasa sudah aku mengaji kitab yang bernama Sahih al-Turmudzi, sudahlah jatuh dalam hatiku berahi dan suka kepadanya oleh aturannya dan kenyataan pada segala hukum syariat Nabi kita Muhammad SAW..”

Jilid
Jumlah Halaman
Tajuk
Bilangan Hadis
Bilangan masalah
1
227
Menerangkan bicara bersuci dan barang yang takluk dengannya.
126
591
2
232
Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya.
138
454
3
240
Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya.
161
558
4
232
Menerangkan bicara sembahyang, zakat dan barang yang takluk dengannya.
115
519
5
208
Menerangkan bicara puasa dan barang yang takluk dengannya.
110
473
6
224
Menerangkan bicara haji dan barang yang takluk dengannya.
108
458
7
224
Menerangkan bicara umrah dan jenayah dan barang yang takluk dengannya.
114
483
8
224
Menerangkan baki-baki bab jenayah dan membicarakan kitab Nikah
99
330
9
224
Menerangkan bab-bab talak, lia’an dan jual beli.
117
226
10
228
Menerangkan baki-baki bab jualan, bab qadhi, diat dan barang yang takluk dengannya.
180
259
11
224
Menerangkan bicara korban, nazar-nazar, sumpah-sumpah, perjalanan nabi dan barang yang takluk dengannya.
151
486
12
232
Menerangkan bicara perang sabil, pakaian, makanan dan barang yang takluk dengannya.
170
353
13
224
Menerangkan minm-minum, kebaktian, perhubungan rahim dan barang yang takluk dengannya.
152
472
14
224
Melengkapi atas bab-bab perhubungan rahim, perubatan, faraid, wala’, hibab, qadar dan barang yang takluk dengannya.
138
395
15
248
Melengkapi bab huru-hara, ta’bir mimpi dan saksi-saksi.
105
301
16

Melengkapi atas bab-bab mimpi, saksi-saksi dan zuhud.
128
237
17
232
Melengkapi atas bab-bab sifat syurga, neraka, iman dan barang yang takluk dengannya.
109
210
20

Melengkali atas saki-baki bab-bab adab, misal-misal, bab-bab pahala al-Quran dan barang yang takluk dengannya.
127
311
21
255
Melengkapi atas segala bab tafsir
92
335
22
242
Melengkapi atas tafsri setengah-setengah ayat di dalam surah al-Maidah dan lainnya.
95
351

22 July 2011

Aktiviti Seni - Baca - Lihat - Cuba -

Cuba lihat dan jawab soalan di bawah.

Seribudaya Homepage

Marilah singgah di sini dahulu. Lepas itu melawatlah ke taman-taman yang ada.

http://abrarps.webs.com/

Nak Tengok Blog Jangan Block

Hari ini kembali kembali bertugas di SKPJ.Fikirkan apa sumbangan untuk disalurkan kepada sekolah.Keputusan dibuat untuk aktifkan blog ini dengan Sumbangan untuk Panitia PSV.
Latihan1-Pilih satu daripada gambar foto berikut, lakarkan di dalam kertas lukisan anda.Warnakan lakaran menggunakan "Poster Colour" atau "Water Colour".Gunakan teknik campuran warna yang menarik.

Pemandangan Di Pulau Sayak.

20 July 2011

Foto Kursus ICT Dalam Pengurusan Sekolah Kod IABU115D05

Mai tengok!!! Nak ambik bawa balik pun boleh! Free maa - don't want tak apa. I tak rugi apa pun



.

Kuliah Maghrib

Smalam ke majlis kuliah ilmu di Masjid Al Muttaqin, Bandar Darulaman. Mula dari lepas Maghrib hingga pkul 10.00 mlm. Woww ramainya ahli jamaah .. penuh masjid . Malam ni nak pi tinjau lain

19 July 2011

Belajar Buat Blog - Untuk Permulaan -Basic

Nak buat blog ni kenalah belajar basic dulu. Dari basic baru boleh jadi pakar. Kalau belajar di tengah jalan susah nak faham ooo. Dengar pensyarah ajar, faham, tanya dan selesai masalah. Dulu buat website reka-reka sendiri. Dah tu tengok sendiri laa.

Kursus ICT Dalam Pengurusan Sekolah